Ditahan semula Abu_Bakar_Basyir

Pada 9 Ogos 2010, Abu Bakar Bashir ditahan semula oleh polis antikeganasan Indonesia, Detasmen 88 di daerah Ciamis, Jawa Barat. Ketua unit antikeganasan kerajaan, Ansyaad Mbai menyatakan Abu Bakat terlibat dalam kumpulan militan baru yang mempunyai kem latihan di wilayah Aceh. Mereka merancang membunuh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan melancarkan serangan ala Mumbai ke atas warga asing. Beliau kini memimpin kumpulan Jema'ah Ansharut Tauhid (JAT)..[1]